|
Welcome Note about me old stories
chit-chat coming soon..hehe other stories blackheartofthewonderwoman.blogspot.com music love
wishlist i like to be a photograper and something like that |
Monday, May 28, 2012
Ingin menjadi Gadis idaman lelaki ??
Menjadi lebih fleksibel
Kebanyakan para lelaki bebas daripada drama (seperti yang berlaku pada
sekelompok perempuan) kerana lelaki lebih spontan dan tidak terlalu
mengambil sesuatu benda kecil sebagai perkara serius. Lelaki cukup
selari melakukan sesuatu secara rawak. Sebagai contoh, jika mereka sudah
sepakat untuk mengadakan satu-satu aktiviti adalah tidak mustahil
sekiranya perancangan tersebut dibatalkan pada saat-saat terakhir.
Perhubungan sepatutnya menjadi perkara yang menyeronokkan dan bukannya
sesuatu yang perlu dirancang sehari ke sehari. Kamu haruslah menyerap
segala yang mungkin dan menjadi lebih fleksibel!
Tahu bergurau
Seseorang gadis yang terlalu serius semestinya akan terus dijauhi para
lelaki. Apa salahnya sekali sekala kamu menunjukkan sifat kamu yang
berlainan seperti berjenaka atau bergurau? Lelaki cukup tertarik pada
gadis yang mempunyai sense of humor yang tinggi, pandai berseloroh serta
tidak mengambil sesuatu gurauan itu sebagai sesuatu yang serius.
Lelaki menyukai ideologi di mana dia merasakan sifat seseorang perempuan
itu adalah sama seperti dirinya juga. Pada dasarnya, jika kamu
mempunyai personaliti yang menarik tentunya kamu akan disenangi oleh
banyak pihak.
Menjadi lebih aktif
Lelaki mana yang tidak suka pada cabaran dan tidak gemarkan sukan?
Senang cerita lelaki sentiasa mahu kekal aktif dengan melakukan
pelbagai jenis aktiviti. Apa salahnya sesuatu aktiviti yang baharu
ditambah pada rutin temu janji biasa kamu? Contohnya menonton wayang,
makan dan kemudiannya bermain go-kart. Pendek kata, jika lelaki
menjumpai gadis yang gemar bermain futsal, tentunya mereka akan rasa
teruja!
Tunjukkan yang kamu prihatin
Jarang sekali lelaki akan berkongsi masalah diri atau peribadi pada
orang lain. Jika mereka menjumpai seseorang yang boleh dikongsi
perasaan bersama, nescaya akan melekatlah dia kepada gadis tersebut.
Perkara-perkara yang mungkin dianggap remeh seperti mendengar masalah,
menghantar pesanan rindu dan ucapan selamat malam sebenarnya turut
dihargai oleh sang jejaka. Perkara-perkara sebegini membuatkan diri
mereka lebih dihargai tanpa merasakan terlalu dikawal atau si kekasih
seorang yang mengada-ngada.
? posted at: @1:10 AM //
0 comment //
leave a comment?
?
|